Wednesday 24 October 2012

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,





Pada 24 Oktober 2012, SK St Joseph Kuala Penyu telah melaksanakan program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M), yang merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.
 
Kementerian Pelajaran Malaysia  telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan KM1M bermula dari 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dengan tema ‘Pembacaan Pemangkin 1Malaysia’. 

Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid. 

Majlis pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2012 peringkat sekolah SK St Joseph Kuala Penyu telah disempurnakan oleh En.Dulamit Bungso, Ketua Unit UPK, PPD Kuala Penyu. Beliau turut menyertai semua warga sekolah dalam aktiviti membaca buku selama 33 minit dan 32 saat akan dijalankan pada 9.30 pagi secara serentak di semua sekolah di seluruh negeri Sabah.

Terima kasih.

Monday 8 October 2012

Bulan Bahasa Kebangsaan: Martabatkan Bahasa Kebangsaan Kita


Pengenalan

- BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK) merupakan salah satu acara tahunan negara bagi   
   memperkasakan bahasa kebangsaan.
- Suatu gerakan besar-besaran di seluruh negara yang melibatkan semua lapisan masyarakat.
- Kegiatan-kegiatan khusus BBK dilaksanakan di seluruh negara pada bulan Oktober.
- Tahun 2012 merupakan tahun ke-14 program ini diadakan.
Matlamat
- Menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan citra serta jati diri bangsa dan negara;
- Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa kebangsaan;
- Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan
  kesusasteraan.