Wednesday, 29 May 2013
Sunday, 18 November 2012
Wednesday, 24 October 2012
PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,
Pada 24 Oktober 2012, SK St Joseph Kuala Penyu telah melaksanakan program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M), yang merupakan salah satu
program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan semua sekolah di
seluruh negara melaksanakan KM1M bermula dari 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012
bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dengan tema
‘Pembacaan Pemangkin 1Malaysia’.
Terdapat empat objektif program ini, iaitu
mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan
program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan
menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran
maklumat dalam kalangan murid.
Majlis pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2012
peringkat sekolah SK St Joseph Kuala Penyu telah disempurnakan oleh En.Dulamit Bungso, Ketua Unit UPK, PPD Kuala Penyu. Beliau turut menyertai semua warga sekolah dalam aktiviti
membaca buku selama 33 minit dan 32 saat akan dijalankan pada
9.30 pagi secara serentak di semua sekolah di seluruh negeri Sabah.
Terima kasih.
Monday, 8 October 2012
Bulan Bahasa Kebangsaan: Martabatkan Bahasa Kebangsaan Kita
Pengenalan
- BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK) merupakan salah satu acara tahunan negara bagi
memperkasakan bahasa kebangsaan.
- Suatu gerakan besar-besaran di seluruh negara yang melibatkan semua lapisan masyarakat.
- Kegiatan-kegiatan khusus BBK dilaksanakan di seluruh negara pada bulan Oktober.
- Tahun 2012 merupakan tahun ke-14 program ini diadakan.
Matlamat
- Menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan citra serta jati diri bangsa dan negara;
- Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa kebangsaan;
- Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa kebangsaan;
- Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan
kesusasteraan.
Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)