APA ITU PROGRAM LINUS ?
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran,
masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai
pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi
dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Pelaksanaan Program LINUS di sekolah
LINUS ialah Saringan Literasi dan Numerasi iaitu satu program pemulihan untuk memastikan murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pendidikan rendah. Murid-murid yang menghadapi masalah membaca, menulis dan mengira iaitu 3M akan menjalani program ini.
Program LINUS ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 hingga 2012 di seluruh Negara yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada tahun 2012 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4.
Definisi Literasi
Definisi asas literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung “dan” serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
Pendekatan Literasi
Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh. Murid belajar mengenai huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat dan memperkenalkan huruf secara berperingkat-peringkat melalui kemahiran menulis, guru terus mula mengajar membaca melalui kaedah gabungan bunyi dengan fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a – z. Murid mengenali huruf dalam kemahiran menulis.