Galeri

PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M)

Tarikh : 22 - 25 Oktober 2012
Tempat : SK St Joseph Kuala Penyu.

Tarikh Perasmian Program : 24 Oktober 2012
Pegawai Perasmi : En.Dulamit Bungso,
                                                                                   Ketua Unit UPK,
                                                                                   PPD Kuala Penyu

 Guru Besar sedang menyampaikan kata-kata aluan
 En.Dulamit Bungso, Ketua Unit UPK, PPD Kuala Penyu, merasmikan program KM1M peringkat sekolah
 Sebahagian guru dan murid yang menyertai aktiviti membaca
 En. Dulamit Bungso turut menyertai warga sekolah dalam aktiviti membaca
 Sebahagian guru yang terlibat dalam aktiviti membaca
 Guru sedang membantu murid dalam aktiviti mewarna
 Sedang membantu murid dalam aktiviti teka silangkata
 Sebahagian bahan yang digunakan sepanjang program KM1M
 Pertandingan koir adalah sebahagian pengisian program KM1M
 En.Dulamit sedang menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program KM1M


=====================================================================





Apa itu Bahan bantu Mengajar (BBM) ?

Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai “information from which a (written) work is to be produced”. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.

Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan.

Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.



====================================================================
Galeri Video

Lagu ABC