Peribahasa

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Terdapat pihak yang mengklasifikasikan peribahasa seperti berikut:
a, Peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan dan perbilangan (pepatah).
b. Peribahasa berlapis, iaitu perumpamaan
c.  Lidah pendeta

Namun ada juga yang membahagikan peribahasa seperti berikut:
  • Simpulan bahasa
  • Perumpamaan
  • Bidalan
  • Pepatah atau Perbilangan
Bukan Peribahasa:
  • Kiasan
  • Metafora
·         Simpulan Bahasa
·         Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus.
·         Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan.
·         Contoh:
Simpulan Bahasa
Maksud
Panjang tangan
Suka mencuri
Periuk nasi
Punca pencarian
Buruk siku
sudah diberi, diambil balik
Ikat perut
Berjimat makan dan minum
Kaki bangku
Tidak tahu bermain misalnya bola.


Perumpamaan
Perumpamaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat.
Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.
Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-teranan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.

Contoh perumpamaan yang disebut perbandingan
a. seperti katak di bawah tempurung
b. umpama kaca dengan permata
c. Bagai pungguk rindukan bulan


Bidalan
Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.
Bagaimanapun bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama.
Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap digunakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.

Contoh bidalan:
Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Maksud lapis pertama jelas dan maksud lapis kedua merujuk orang yang sedikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.

Pepatah atau Perbilangan
Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan melainkan perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.
Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.
Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Contoh
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Hati manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah